Ampun Tuanku beribu-ribu ampun, sembah patik pohon diampun,
Menghadap, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah.
Pada kesempatan ini terlebih dahulu patik merafakkan doa yang ikhlas dan kudus semoga Kebawah Duli Tuanku bersama Tuanku Raja Permaisuri Agong terus memperoleh keafiatan dengan penuh kedaulatan dan kebesaranNya.
Patik dengan penuh rendah diri ingin merakamkan setinggi- tinggi penghargaan dan ucapan jutaan terima kasih kepada Kebawah Duli Tuanku kerana memberikan sokongan dan amanah yang begitu besar maknanya pada patik.
Dengan berkat dan doa Kebawah Duli Tuanku patik berasa bangga dan akan menjadi pembakar semangat patik untuk mengharumkan nama negara di Temasya Sukan Olimpik Tokyo, Julai ini.
Ampun Tuanku.
Istana Negara